Sunday, 30 October 2011

Tips untuk Sihat



MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. 

(Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.)

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. 

(Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.)

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. 

(Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.)

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. 

(Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..)


P/s: Seeloknya air suam(air panas yang disejukkkan) 
       bukan air panas yang dicampur dengan air sejuk..

Empat Perkara Sebelum Tidur




Sebelum Tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : 
1. Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas seakan-akan kau 
mengkhatamkan Al Qur'an. (3x)
2. Membaca sellawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami 
semua akan memberi syafa'at di hari kiamat.(3x)
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.(3x)
4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“.